Salon Rambut Ampang Suzee Salon
Salon rambut Ampang Suzee Salon, adalah sebuah kedai gunting rambut salon yang ditubuhkan pada 5 Jun 2017 dan lokasi di Galaxy Ampang Shopping Centre. Suzee Salon kami sentiasa menyediakan perkhidmatan yang mengikuti gaya dan trend terkini. Yang paling penting, kami mahu anda untuk berasa yakin dan cantik selepas menerima apa yang kami sediakan.
Dengan pasukan yang berkemahiran, Suzee Salon dapat menyediakan yang terbaik untuk setiap pelanggan dengan rupa yang diingini mereka. Kami mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan penggayaan serta rawatan untuk pastikan rambut anda kelihatan menarik.
Anda boleh mengunjungi laman perkhidmatan Suzee Salon untuk melihat apa yang dijalankan di sini selain mendapatkan pakej – pakej yang disediakan dengan harga istimewa. Kami sentiasa peka dengan semua trend dan teknik terkini untuk memastikan bahawa fesyen anda sentiasa ke hadapan.
Kedai Gunting Rambut Salon Muslimah
Pemakaian tudung menyebabkan rambut memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Oleh sebab itu, kami ingin membantu pelanggan kami mencapai keinginan untuk memperoleh rambut yang cantik dan sihat. Tidak lupa juga kepada pelanggan muslimah kami yang bertudung, kami adalah sebuah kedai gunting rambut salon muslimah, kami turut mempunyai ruang privasi khas untuk anda. Anda tidak perlu berasa khuatir dengan perkhidmatan kami.
Sebagai tambahan kepada khidmat salon rambut biasa seperti potongan rambut, penggayaan, warna dan spa rambut, kami juga turut menyediakan sesi rawatan rambut untuk membantu mengimbangi kelembapan dan kekuatan rambut anda. Ini boleh membantu anda menjaga kulit kepala sekaligus mendapatkan rambut yang sihat secara berpanjangan. Rawatan rambut ini baik untuk mereka yang sering menggayakan rambut, penggunaan bahan kimia yang banyak dan aktiviti luar seperti terdedah kepada cahaya matahari. Nikmati servis kami yang dijalankan dalam suasana mesra dan selesa.
Lokasi salon rambut Ampang Suzee Salon adalah di Galaxy Ampang Shopping Centre, Ampang dan HQ kami di Axis Atrium Shopping Mall, Kuala Lumpur. Suzee Salon beroperasi pada 10 pagi hingga 10 malam. Anda boleh melakukan tempahan atau terus sahaja hubungi kami.
Kami sangat berbesar hati dan mengalu – alukan kedatangan anda untuk berkunjung ke lokasi. Ikuti kami di Facebook untuk mengetahui harga promosi terkini . Layari galeri produk salun rambut kami dan dapatkan inspirasi sebelum kunjungan anda pada masa akan datang.
Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini. Tempah temujanji anda sekarang!

Telephone No.03 – 9200 3712