Salon Gunting Rambut Ampang SUZEE SALON
Berikut adalah perkhidmatan salon gunting rambut Suzee Salon yang ada disediakan untuk pelanggan. Pelanggan boleh memilih apa jua perkhidmatan yang diinginkan, lihat pakej – pakej yang kami sediakan atau terus hubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. Anda juga boleh membuat tempahan temujanji gunting rambut supaya memudahkan anda tidak menunggu lama sebelum menerima perkhidmatan daripada kami.
Lihat lagi tawaran yang kami sediakan di Suzee Salon untuk anda di bawah.
Harga PROMOSI RM 99
RELAXING
Urutan di bahagian kepala yang amat menenangkan dilakukan menggunakan ubat untuk rambut dan kulit kepala. Urutan perlahan akan memberikan ketenangan kepada tubuh anda dalam posisis istirahat, dan produk ubat yang digunakan akan membantu menyuburkan akan memperbaiki keadaan rambut anda. Perkhidmatan urutan kepala merangsang daya vital, bertindak secara anti-tekanan, berkesan untuk menghilangkan ketegangan di bahu dan leher.
REBONDING
Rebonding merupakan proses meluruskan rambut. Kaedah meluruskan ini sesuai untuk semua jenis rambut. Bahan yang digunakan akan memecahkan ikatan semulajadi rambut sama ada kerinting dan menyusun semula jalinan ini agar rambut menjadi lurus. Rebonding adalah satu proses yang kekal yang meninggalkan rambut anggun, licin dan lurus. Rebonding adalah satu proses yang memakan masa yang perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan rambut daripada gugur maka ramai yang menggunakan pereka rambut yang terlatih untuk rebond rambut mereka.
COLOURING
Colouring adalah proses mewarnakan rambut. Kebiasaannya rambut diwarnakan untuk menutup warna uban rambut. Tetapi kini, pewarnaan rambut ini dianggap fashion dan lebih bergaya selain menampakkan imej berani pada diri. Warna rambut boleh juga dilakukan ke warna asal rambut bagi yang mengalami masalah kelunturan warna akibat proses dandanan rambut yang kerap dan terjemur dengan cuaca panas.
HIGHLIGHT
Highlighting bermaksud mengasingkan beberapa helaian rambut dengan mewarnakannya. Proses lightener juga bermaksud ia dilakukan di mana rambut di warnakan dengan warna yang lebih menonjol berbanding dengan warna asal rambut.
PERMING
Perming adalah proses penggayaan rambut kerinting dengan menggunakan haba dan bahan kimia untuk membentuk semua jalinan rambut. Rambut yang telah di ‘perm’ akan berada pada rupa yang sama dan boleh bertahan sehingga beberapa bulan.
TREATMENT
Treatment yang ditawarkan di sini ialah proses yang membantu menguatkan selain membaiki rambut. Ini diutamakan kepada mereka yang mengalami masalah rambut rosak kebiasaannya daripada penggunaan bahan kimia yang tinggi. Proses ini adalah gabungan protein dan pelembap sebagai rawatan asli yang mengelakkan kerapuhan rambut.
MAKEUP
Makeup ialah perkhimatan mengubah penampilan wajah dari bentuk asli sebenarnya dengan bantuan bahan dan alat kosmetik. Kami sedia memberikan makeup yang terbaik untuk anda agar tampil berseri dan sesuai seperti yang anda mahukan.
LAIN – LAIN PERKHIDMATAN SALON GUNTING RAMBUT
POTONGAN RAMBUT KANAK – KANAK
Perkhidmatan potongan rambut untuk kanak – kanak.
POTONGAN RAMBUT SAHAJA
Perkhidmatan potongan rambut sahaja.
POTONGAN RAMBUT DAN CUCIAN
Perkhidmatan potongan rambut berserta cucian rambut.
POTONGAN RAMBUT DAN BLOW
Perkhidmatan potongan rambut seperti biasa. Namun setelah itu, rambut akan dikenakan sentuhan magik yang akan meningkatkan lantunan rambut dan tampak lebih rapi dan bertekstur.
RAWATAN BIASA
Rawatan rambut yang menumpukan kepada mengenalpasti rambut bermasalah dan menawarkan kaedah terbaik seperti meletakkan vitamin dan melakukan sesi peneutralan rambut untuk pelanggan.
TREATMENT SPA COOL
Rawatan rambut yang menumpukan kepada mengenalpasti rambut bermasalah dan menawarkan kaedah terbaik untuk pelanggan. Kaedah ini ditambah dengan rawatan yang menyejukkan khas untuk rawatan kelemumur demi melegakan masalah kulit kepala.
RAWATAN KELEMUMUR DAN KULIT KEPALA
Rawatan kelemumur dan kulit kepala yang bermasalah menggunakan produk yang telah kami syorkan.
INAI RAMBUT
Perkhidmatan mewarnakan rambut menggunakan inai.
KENING
Membentuk kening dengan mengikut keinginan pelanggan.
DANDANAN
Setting adalah dandanan rambut dilakukan dengan mengambil kira volume rambut, kaedah melekatkan dan lenturan. Kemudian, rambut boleh digaya dan didandan mengikut permintaan pelanggan.

Telephone No.03 – 9200 3712